Latest Update :

Blackburn calar reputasi Man United

Saturday, December 31, 2011

Suka Artikel ini? Klik

HANLEY (kanan) meraikan gol kemenangan Blackburn Rovers di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - REUTERS

Jaringan Yakubu, Hanley nafi Ferguson sambut hari jadi ke-70

LONDON: Jaringan minit ke-80 oleh Grant Hanley mencipta ceria buat pasukan tercorot Blackburn Rovers yang menafikan sambutan hari jadi ke-70 Alex Ferguson dengan kemenangan mengejutkan 3-2 di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Lebih perit dua gol Ayegbeni Yakubu membuat cabaran United goyah dan menafikan peluang Red Devils untuk memintas Manchester City di tangga liga dan menerajui pada posisi teratas di Tahun Baru.
Pemain Nigeria itu menyumbat dua gol keemasan Blackburn pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti dan dia sekali lagi memadamkan lilin hari jadi Ferguson pada minit ke-50 apabila memperdayakan benteng United yang rapuh.
Ia sekali gus menjadikan perlawanan malam tahun baru itu sebagai sinar berharga buat skuad bimbingan Steve Kean dalam usaha untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Begitupun, selang seminit, Dimitar Berbatov yang sebelum ini menjadi punca sepakan penalti pada babak pertama, menghasilkan jaringan semangat sebelum meledak gol penyamaan pada minit ke-61. 

Blackburn sebelum ini mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Liverpool pada pertemuan, Isnin lalu namun masih kekal berada dalam zon penyingkiran. – Agensi


sumber : bharian

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.