Latest Update :

Ustaz Azhar Idrus

Bola Sepak Tempatan

100 peratus anak tempatan

Monday, January 9, 2012

Suka Artikel ini? Klik

"LUPAKAN segala kontroversi dan buktikan Terengganu boleh menang tanpa pemain import."

Demikian laungan semangat yang dilontarkan jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris kepada barisan pemainnya yang akan turun pada aksi pertama Liga Super menentang Perak di Ipoh malam ini.

Tidak seperti kebanyakan pasukan, naib juara Piala Malaysia itu bakal memburu tiga mata penting tanpa seorang pun tenaga import.

Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sehingga memaksa Terengganu berputih mata untuk memiliki seorang pemain import.

"Saya tidak perlu tertekan dengan kekurangan ini kerana saya sangat mempercayai pemain-pemain yang ada.

"Mereka adalah yang terbaik dan mereka juga telah membuktikan pada tahun lalu apabila menjadi juara Piala FA.

"Jadi, tidak timbul soal kami gentar untuk menentang Perak kerana saya memiliki kumpulan pemain tempatan yang cukup lengkap," jelas Mat Zan yang menggantikan posisi Irfan Bakti yang meletak jawatan tahun lalu.

Mengulas mengenai cabaran anak-anak buahnya di Stadium Perak malam ini, Mat Zan menjelaskan yang beliau sudah memiliki kesebelasan utama terbaik berdasarkan siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Tidak perlulah saya senaraikan siapa yang patut main kerana semua pemain dalam pasukan ini layak berada dalam kesebelasan utama.

"Kami mempunyai tenaga baharu seperti Muslim Ahmad dan Shukur Jusoh dari Harimau Muda serta Shamsul Kamal yang dibawa dari pasukan T-Team," ujarnya.

Bagaimanapun, Mat Zan sedikit kecewa apabila bintang tengahnya, Ismail Faruqi terpaksa disisihkan dalam kunjungan ke Perak gara-gara kecederaan buku lali.

"Kecederaan itu hanya dialami semalam (kelmarin) dan memang sedih kerana kami kehilangan seorang pemain yang baik untuk perlawanan ini," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mat Zan yang pernah membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia tahun 2001 mahu para pemainnya tidak leka dan sentiasa menghormati kemampuan lawan.

"Daripada apa yang saya dimaklumkan, Perak cukup serius dalam membuat persiapan tahun ini termasuk membawa dua pemain import.

"Jadi, pemain kena waspada kerana kelebihan memang memihak kepada Perak selaku tuan rumah," katanya.

Mancini tekad hancurkan United

Suka Artikel ini? Klik

LONDON - Roberto Mancini (gambar) melaungkan amaran kepada seteru utama, Manchester United selepas Manchester City tewas 2-3 pada aksi pusingan ketiga Piala FA kelmarin.

Pengurus City itu berkata, United sudah memenangi perlawanan ini tetapi mereka akan menghalang skuad The Reds Devils daripada menjuarai trofi Liga Perdana England musim ini.

Meskipun tewas di Stadium Etihad kelmarin, anak- anak buah Mancini wajar diberikan pujian berdasarkan semangat juang yang tinggi, sekali gus berjaya menjaringkan dua gol biarpun ketinggalan 0-3 dan bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-12.

City terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Vincent Kompany dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain sayap United, Nani.

Berdasarkan persembahan tersebut, Mancini menganggap ia bakal menjadi kunci kejayaan pasukan itu dalam usaha merangkul trofi kejuaraan liga buat pertama kalinya musim ini.

"Saya rasa sikap seperti ini sangat penting buat kami (City) untuk bersaing dalam saingan liga, malah, saya juga merasakan yang kami mampu untuk bergelar juara liga.

"United memiliki skuad yang mantap dan jika kami boleh beraksi seperti mana yang kami lakukan hari ini (kelmarin) apabila berdepan mereka dengan hanya 10 pemain, kami mampu mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan selepas ini.

"Memang saya kecewa dengan kekalahan ini tetapi apa yang penting kami telah menunjukkan watak sebenar untuk bergelar juara.

"Ketika United beraksi dengan 10 pemain menentang kami sebelum ini, mereka tewas 1-6 dalam tempoh 40 minit.

"Namun, kami hanya tewas 2-3 biarpun beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 80 minit," kata Mancini. - Agensi

Rantai 'kaki' Effa Owona

Suka Artikel ini? Klik

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim optimis dengan kemampuan barisan pemain pasukan itu dalam misi mengutip tiga mata penuh pada aksi pembukaan tirai Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Irfan yang turut menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan menentang Kelantan, Sabtu lalu mengakui Selangor sudah bersiap sedia.

Bagaimanapun, Irfan tetap berwaspada dengan ancaman Negeri Sembilan yang masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil lalu.

Selain itu katanya, pemain import baharu pasukan Hoben Jang Hoben, Jean Emmanauel Effa Owona yang menjadi wira apabila meledakkan dua gol, sekali gus membantu skuad kendalian Azraai Khor Abdullah menjulang trofi itu buat kali pertama juga wajib dirantai habis-habisan.

Jurulatih berasal dari Perak itu percaya dengan kemampuan barisan pemain dan ramuan terbaik yang dimiliki, mereka mampu melakukan permulaan yang mantap pada saingan liga.

"Sudah tentu Negeri Sembilan kini memiliki semangat yang lebih tinggi selepas kejayaan menundukkan Kelantan pada aksi Piala Sumbangsih baru-baru ini.

"Tetapi harus diingat, benteng pertahanan Kelantan cuba mengawal Effa yang dilihat memiliki fizikal lebih baik dan besar berbanding pemain Kelantan, mudah menyelinap masuk di dalam kotak penalti.

"Namun, kami memiliki tonggak pertahanan import, Ramez Dayoub yang akan sentiasa mengawasi penyerang Cameroon itu daripada berleluasa di dalam kotak penalti kami dan saya yakin kami mampu mengatasi Negeri Sembilan pada perlawanan pertama kami," katanya pada sidang akhbar mengumumkan pengurusan dan pemain Selangor di Padang SUK, Shah Alam semalam.

Sementara itu, keyakinan Irfan turut mendapat respons dari Ramez, yang ingin membalas kepercayaan jurulatih, berazam untuk menyekat Effa daripada 'mengganas' di kubu pertahanan Selangor.

Jelas kapten skuad kebangsaan Lubnan itu, setelah mendapat keserasian bersama rakan-rakan sepasukan, dia yakin dapat melakukan tugas tersebut dengan baik.

"Effa merupakan seorang penyerang yang hebat. Saya tidak boleh melakukan (menghalang Effa) seorang diri tetapi saya memerlukan bantuan daripada rakan-rakan sepasukan.

"Saya percaya dengan bantuan daripada rakan-rakan sepasukan, kami yakin untuk menyekat Effa, sekali gus kami berazam untuk mengutip tiga mata penuh yang pertama," ujarnya.-kosmo

Akademi Bola Sepak Terengganu Cari Pemain Mulai Selasa

Suka Artikel ini? Klik

KUALA TERENGGANU: Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) akan mengadakan pemilihan pemain untuk Akademi Bola Sepak negeri Terengganu yang diwujudkan di beberapa sekolah di negeri ini mulai Selasa.

Pengarah MSN Terengganu, Zainal Abidin Hussin berkata, pemilihan selama dua hari akan diadakan di Padang Sekolah Menengah Bukit Besar dengan tumpuan kepadakepada pemain berumur 13 hingga 15 tahun.

"Pemain-pemain yang berminat boleh datang ke tempat pemilihan pukul 4 petang esok," katanya di sini, Isnin.
Beliau berkata, selain sekolah itu, akademi juga akan diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Sains Dungun, Sekolah Menengah Sultan Omar dan Padang Merdeka di Dungun.

Zainal Abidin berkata, Sekolah Sukan Bukit Nenas Setiu pula akan dijadikan sebagai induk Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu.

Beliau berkata, bekas jurulatih pasukan bola sepak T-Team Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan mengetuai akademi induk di Sekolah Sukan Bukit Nenas itu manakala yang lain akan kendalikan oleh jurulatih bola sepak daerah masing-masing. 

"Kita jangka dalam tempoh dua tahun akan datang, akademi ini akan dapat melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berwibawa dan berkualiti untuk pasukan negeri," katanya. 

Zainal Abidin berkata, setiap akademi akan menempatkan 30 pemain yang akan dipilih sama ada melalui pertandingan atau dari sekolah di daerah berkenan.

Akademi itu juga akan menganjurkan pertandingan dari masa ke semasa bagimengukur dan melihat perkembangan pemain-pemain di akademi itu, katanya. - BERNAMA

Bahana mulut celupar..

Suka Artikel ini? Klik

Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku.

Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.

Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.

Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.

Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.

"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !" Kata Dinie sambil ketawa.

"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku.

"Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi.

"Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala.

"Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.

Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya. Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.

Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.

Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.

Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua.

Hantu makcik tong gas!

Suka Artikel ini? Klik


Korang pernah dengar cerita hantu pasal seorang mak cik dan tong gas? Meh aku cerita. Jeng jeng jeng.. Kejadian berlaku pada tahun 2006 di Kedah. Dulu lepas SPM bosan2 lepak aku pun cuba2 la carik kerja.. Dan dapat la aku kerja di satu kompeni ni, aku masuk bahagian marketing..

Kerja aku ni memang penat sikit sebab terpaksa banyak berjalan.. Kadang2 kitorang jalan sampai ke Perancis (Ok dah tipu sangat) tapi tak apa la
kan sebab kata orang tua-tua.. jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman..

Tapi dalam banyak-banyak pengalaman tu, macam biasalah kat dunia ni ada yang best, ada pulak yang tak best..

Nak dijadikan cerita, satu hari aku dan lg sorang brader, nama dia Shah, kiranya kami dua orang la kne kuar ke satu kawasan ni.. kat area2 kedah jugak. Aku tak ingat lokasi secara spesifik tapi lebih kurang kawasan antara Yan ke Jemerlang. Maka dengan berbekalkan kereta Nissan Frontier, kami pun bertolak.

Disebabkan kami kena meng'explore' semua kawasan disitu maka kami pun masuklah ke satu jalan kampung ni. Jalannya taklah besar sangat, muat untuk satu kereta jek. Kalau dua kereta kecil nak lalu pun terpaksa berhimpit lah. Tiba2 kitorang ternampak sorang makcik ni, umur dalam 50 lebih. Sebelah dia ada budak kecik dalam lingkungan 10 tahun, maybe anak atau cucu makcik tu.


Mak cik tu tengah tarik tong gas dalam hujan. Masa tu ada hujan sikit, tapi taklah lebat sangat, hujan renyai-renyai camtu je. Kitorang pun  macam kecian la pulak tengok makcik tu tarik tong gas tengah2 hujan..
So kitorang pun apa lagi.. sebagai generasi pemimpin masa hadapan kami dengan hensemnya meng'offer a ride kat mak cik tu.. (pergh bersepah bahasa) Tapi makcik tu menolak dengan baik. "Takpe lah nak.. dah dekat dah ni,"

Lepas 2-3 kali pujuk namun makcik tu still menolak, so kitorang pun taknak lah paksa2 orang. Kitorang pun jalan la. Disebabkan depan macam  dah takde apa2 lagi, kitorang pun nak berpatah balik. Brader Shah pun nak membuat pusingan 3 penjuru utk berpatah balik. (U know.. belok ke  kanan, gostan, patah balik, macam amik lesen keta tu)


Baru je Shah membelok ke kanan tiba2 dia cakap kat aku - "Eh mana makcik tadi tu pergi?"

"Dah sampai rumah agaknya," jawab aku selepas tengok makcik tu tiada di jalan tadi.

"Oh.. takpelah kalo camtu."

Lepas tu dia pun mendiamkan diri. Aku pun ikut diam lah kan. Shah pun bawak kereta keluar ke jalan besar. Dalam 100 meter selepas  keluar dari simpang jalan kampung tadi Shah pun berhentikan kereta kat tepi jalan.

"Kau tahu kenapa aku tanya pasal makcik tadi tu?" tanya Shah.

"Tak, apesal?"

"Masa aku belok nak patah balik tadi, aku tengok makcik tu dah tak ada,"

"Dia dah sampai rumah la kot," Jawab aku.

"Tak mungkin.. Sebab sebelum aku belok tadi, aku tengok cermin pandang belakang. Masa tu Makcik tu ada lagi, tengah tarik tong gas. "Tapi bila aku belok je, mak cik tu dah takde.. Takkan dia boleh hilang sekelip mata je,"


Aku yang mendengar terus jadi seram. Kalau ada orang boleh ilang tetiba tu dah jadi cerita lain dah. Tapi bila fikir2 balik, makcik tu memang  pelik. Bayangkan seorang makcik jalan dengan sorang budak kecil, sambil bawak tong gas, ditengah hari dalam hujan pulak tu.. Di jalan yang tak  ada orang.. Fuh..

Sampai sekarang aku masih rasa seram sejuk bila terfikir pasal cerita tu. Tapi nasib baiklah tak jadi apa2 lepas tu. Bayangkan kalau time  patah balik tu ada tong gas tengah melayang terbang ikut belakang kereta.. Pergh, dapat gas memasak free tuh.

Kami membuat kesimpulan barangkali makcik tu sengaja nak menguji kami yang mengembara ni (ewah.. pengembara la pulak). Disebabkan kitorang offer makcik tu tumpang, maka mungkin makcik tu ingat 'ohh.. baik budaknya diorang ni' So kitorang pun lulus ujian.

Mungkin makcik tu manusia tapi kitorang yang tersilap perasan, atau mungkin jugak bukan manusia.
Wallahualam...


Hantu Penanggal

Suka Artikel ini? Klik

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu. 

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba. 

Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh. 

Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam. 

Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Bertemu Nenek Kebayan di Gua Musang

Suka Artikel ini? Klik

Mase tu tahun 1999, Anish darjah 3, cuti skolah akhir tahun yang panjang, so umi abah hantar balik kampung Kelantan tolong atuk nenek ape yang patut, balik dengan pakcik saudara dua orang.

Perjalanan dari KL ke Kelantan agak 8 jam macam tu lah, pakcikpakcik Anish ni pulak gemar drive malamalam..
Ktorang memang lalu jalan nak ke timur, Karak highway, tapi… lepas Karak tu bukan ikut jalan masuk ke kiri macam dalam movie Karak tu (Bentong), disitulah bermulanye kisah seram Karak, Laluan Puaka ! hehe. Tapi ktorang ikut jalan ke kanan menuju ke pantai timur..

Seronok balik kampung malamalam, tenang je sejukkk, kereta tak banyak pulak tu, Anish pun layan tidur je.. hehe. Then bila dah sampai dekat Gua Musang Anish terjaga dari tidur, ingatkan bila dah bangun dah sampai kampung, tapi terjaga dekat Gua Musang kebetulan hujan renyairenyai.. bila terjaga tu Anish tanyelah pakcik “Ayah Su, agakagak kita sampai pukul berrraaa…” (berapa) tetiba mata Anish terjeling sebelah kiri luar kereta ternampak sorang nenek tua bongkok dan bertongkat lambailambai macam nak tumpang kereta ktorang.. Omg ! time tu jantung berdegupdegup kencanggg.. Anish ingatkan time tu Anish sorang je yang nampak ‘nenek kebayan’ tu, pakcikpakcik Anish pun nampak juge, time ‘benda’ tu melambailambai kat ktorang pakcik Anish pun speed kereta n lalu kat lane sbelah kanan takut ‘benda’ tu tumpang dengan ktorang skali. nasib baik tade kereta kat sbelah kanan tu.. huhu.

So perjalanan ktorang dari Gua Musang tu sangat berjagajaga, takut terserempak lagi dengan ‘benda’ bukanbukan.. Dari Gua Musang tu lambat lagi nak sampai ke kampung ktorang, Anish dah tak boleh sambung tidur sebab banyak berfikir pasal nenek tu.. yelah, malamalam 3/4 pagi sape lah nak kuar rumah, dah lah tengahtengah hutan, gelap lagilagi orang tua.. aish, macam tak logik je nenek tu, kalau yea pun nak keluar g pekan ke, esok pagi kan boleh pergi, pastu dah tahu hujan standby lah payung ke surat khabar ke. macamacam persoalan yang timbul…

“Sape nenek tu haa ???”
“Malamalam macam ni nenek tu nak pergi mane, kan hujan.. ???”
“Ish, takan han han hannntu kut ?!

Misteri Gunung Ledang

Suka Artikel ini? Klik

Pada tahun 1986, saya dan bersama-sama sahabat yang sama-sama belajar di Matrikulasi Universiti Sains Malaysia, merancang untuk mendaki Gunung Ledang yang terletak di Melaka pada cuti semester.

Saya berasal dari Tampin, Negeri Sembilan. Sedangkan sahabat-sahabat saya yang lain berasal dari Negeri-negeri lain seperti Pulau-Pinang, Pahang, Terengganu, Johor dan Melaka . Kami sepakat untuk berkumpul pada hari yang sama di kaki gunung sebelum memulakan pendakian.

Satu minggu sebelum bertolak ke sana, saya berkesempatan untuk melawat nenek(ibu kepada bapa) saya (kami memanggilnya atuk tudung) dan bercerita tentang cadangan saya dan kawan-kawan untuk mendaki Gunung Ledang pada minggu berikutnya.

“Atuk tudung” saya (allahyarhamah) berketurunan suku Semelenggang, satu keturunan dari Dol Said, pahlawan Naning yang terkenal di negeri Melaka. Saya memang agak rapat dan manja dengan atuk sejak kecil. Atuk rajin bercerita tentang asal-usul keturunan sebelah keluarganya yang kebanyakannya adalah menjadi Raja/ Sultan dan Penghulu. Katanya, Undang Luak Johol yang pertama adalah moyang (perempuan) saya. Banyak rahsia dan ilmu peperangan saya perolehi dari atuk saya. Apa yang saya hendak ceritakan di sini bukanlah pasal keturunan saya atau ilmu peperangan tetapi misteri apa yang ada di Gunung Ledang yang di ceritakan oleh atuk saya.

Ceritanya begini. Selepas zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, keluarga atuk saya juga tidak terkecuali mengalami kesusahan baik dari segi kewangan mahupun makanan. Pada waktu itu, adik (perempuan) kepada atuk saya telah bermimpi supaya mengunjungi Gunung Ledang untuk mengambil sedikit harta untuk di buat belanja. Adik perempuan atuk (allahyarhamah Tok Cik) saya merupakan seorang dukun atau bomoh pada waktu itu. Beliau telah pergi ke Gunung Ledang bersama-sama sahabatnya mengikut arah jalan sepertimana di tunjukkan di dalam mimpinya.

Menurut kata atuk, puteri bunian di Gunung Ledang merupakan sahabat lama kepada allahyarhamah moyang saya, iaitu Undang Luak Johol yang pertama. Mungkin kerana itu, beliau berhajat untuk membantu keluarga atuk yang dalam kesusahan. Ketika di Gunung Ledang, Tok Cik telah di suruh untuk mengumpul dedaun kayu yang kering dan di bungkus di dalam kain sarung yang di bawa olehnya. Beliau kemudian di suruh membawa pulang bungkusan tersebut dengan syarat tidak boleh membukanya sehingga sampai di rumah. Sampai di rumah, apabila dibuka kain bungkusan tersebut, Tok Cik mendapati dedaun kering tersebut telah bertukar menjadi emas. Pelik bukan? tetapi menurut atuk, emas tersebut akan bertukar semula menjadi dedaun kering selepas masa lebih kurang tiga bulan selepas itu.

Saya tidak tahu samada untuk percaya atau tidak dengan cerita (allahyarhamah) atuk. Tok Cik pun telah lama meninggal dunia, ketika saya masih belum lahir ke dunia ini lagi. Jadi, tiada siapa yang dapat mengesahkan cerita tersebut. Tetapi apa yang lebih menarik, adalah cerita atuk berkenaan ilmu allahyarhamah moyangnya yang boleh mengubah kayu-kayan menjadi emas pada zaman dahulu. Katanya, ilmu itu di perolehi ketika berada di Gunung Ledang. Malangnya, ilmu itu tidak di turunkan pada waris-warisnya. Rasanya lebih baik begitu, sedangkan masalah sakit “saka” yang menghantui keluarga saya pun masih menjadi masalah, apatah lagi kalau masih ada ilmu-ilmu tersebut pada waktu ini.

Di pendekkan cerita, Alhamdulillah, saya selamat mendaki dan selamat pulang dari Gunung Ledang tanpa mengalami apa-apa cerita misteri di sana pada minggu berikutnya.

Bimbang juga saya, kot-kot di culik oleh puteri Gunung Ledang pada waktu tu…….ahahaha…!-alivewire

Hantu Lif KLCC

Suka Artikel ini? Klik

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum’at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

"Baik-baik bila pergi ke KLCC !! Bawa kawan dan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC."


Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala………

Kelihatan wajah perempuan itu telah berubah menjadi pucat dan riak mukanya juga kelihatan amat mencurigakan ….

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan, tetapi lidahnya terasa kelu dan kakinya juga menjadi kaku untuk membuka langkah.

Tiba-tiba, perempuan misteri itu mula membuka mulut dan berkata ……..

“Maaf ya… saya terkentut tadi… abang jangan marah ya ?”

Bola Sepak Antarabangsa

Koleksi Pecah Perut

 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.