Latest Update :

Terengganu FA - Doe Akan Beraksi Jan 2012?

Thursday, December 29, 2011

Suka Artikel ini? Klik

Terengganu FA - Pemain Import
Francis Forkey Doe

Import Ke2 Terengganu Boleh Beraksi Januari Ini

Berita baik untuk peminat-peminat Terengganu. Terengganu diberi kelongggaran oleh FAM untuk
menggunakan pemain import ke2 untuk saingan Liga Super tahun depan. Ini kerana Terengganu
selaku wakil Malaysia bersama-sama Kelantan akan bermain untuk Piala AFC Mac tahun depan.
Terengganu dan Kelantan akan membawa cabaran di pentas antarabangsa. Mungkin pelepasan
import ke2 kepada Terengganu untuk mencari keserasian sebelum bertanding di Piala AFC. Skuad
Penyu sedang mencari baki seorang lagi untuk mengisi slot pemain import ke2 untuk Liga Super.

Untuk saingan Piala AFC, Terengganu akan menggunakan SSINS sebagai stadium tuan rumah.
Dengan masalah lampu limpah, Terengganu akan bermain disebelah petang. Berkenaan 'scoreboard'
digital, hanya jam digital sahaja diperlukan untuk pertandingan Piala AFC. Permasalahan lain sudah
diatasi. Jam digital akan diuruskan pihak MBKT.  Hari ini seorang lagi pemain import dari Brazil tiba
untuk pemilihan.  Erison Da Silva Santos Carnietto yang sebelum ini bermain untuk kelab Slavia Sofia 
di Bulgaria akan diuji. 3 pemain import akan diguna Terengganu untuk saingan di pentas antarabangsa
ini. Tarikh tutup pendaftaran pemain import untuk Piala AFC pada 6 Februari 2012.

Timbul persoalan dari peminat-peminat Terengganu, adakah Doe dan Baiano mahu beraksi di 
Liga Super Malaysia? Ini kerana taraf liga kita masih ditakuk rendah. Doe yang pernah beraksi 
bersama kelab New York Red Bulls (Major League Soccer), DC United (Major League Soccer), 
Al-Ahly (Mesir) dan Baiano dengan kelab divisyen 1 Bulgaria, Slavia Sofia, mungkin merasakan 
mereka terlalu professional untuk liga tempatan kita. Jika sebaliknya berlaku, dan mereka ingin 
bermain dengan pasukan Terengganu, 1 bonus yang amat besar untuk pasukan kesayangan kita. 
Peminat-peminat pasukan Terengganu berharap Terengganu akan dapat pemain import yang 
berkualiti.

sumber : http://terengganufansclub.blogspot.com

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.