Latest Update :

Terengganu Sedang Diuji Kelantan

Friday, December 30, 2011

Suka Artikel ini? Klik


DUA pasukan gergasi pantai timur akan menguji kekuatan pasukan masing-masing dalam satu siri perlawanan persahabatan pramusim pada 31 Disember 2011 ini. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu itu dijangka akan menarik puluhan ribu penyokong walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan.

Untuk saingan 2012, kedua-dua pasukan ini juga akan berentap pada saingan Piala AFC dimana Terengganu diundi dlm kumpulan F bersama-sama Kitchee (HKG), Song Lam Nghe An (VIE) dan Tampines Rovers (SIN) manakala Kelantan diundi dalam kumpulan H bersama pasukan Ayeyawady (MYA), Arema Indonesia (IDN) dan Navibank Saigon (VIE).
//
Perlawanan ini juga merupakan penutup bagi tahun 2011 sebelum sepak mula akan dilangsungkan pada 10 Januari 2012. Kelantan akan memulakan kempen 2012 pada 7 Januari 2012 untuk merebut Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan.
Rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini menunjukkan pasukan Terengganu mencatatkan keputusan seri dengan jaringan 2-2 di Kota Bharu dalam saingan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011.

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.