Suka Artikel ini? Klik
ARSENE Wenger memberi amaran kepada penyokong fanatik Arsenal, supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Thierry Henry.The Gunners hampir pasti melengkapkan kontrak secara pinjaman dua bulan pada minggu hadapan.
Wenger berkata, Henry pemain hebat, namun mengakui dia tidak menjangkakan pemain New York Red Bulls itu, mempamerkan aksi sama seperti 10 tahun lalu.
“Henry kini berusia 34 tahun. Namun dia mempamerkan kesungguhan tinggi untuk menyarung kembali jersi Arsenal.
“Sikapnya harus dipuji, tapi saya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi kepadanya kerana dia akan bersama kami selama dua bulan sahaja,” katanya.
Wenger membuat keputusan drastik untuk menggunakan semula khidmat Henry bagi menutup ruang ditinggalkan dua penyerangnya, Gervinho dan Maroune Chamakh yang bakal beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing pada Kejohanan Piala Afrika.
sumber : sinarharian

