Suka Artikel ini? Klik
Kegembiraan jelas terserlah tanpa selindung ketika Bekas Jurulatih The Red Warriors bertemu mata dengan Menteri Besar Negeri Kelantan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR-10 tengahari tadi...Dalam pertemuan tengahari tadi, Dato' M.Karathu menyerahkan 3 pingat yang beliau menangi (milik peribadi) pada tahun 2011 iaitu Pingat Emas Liga Super, Pingat Emas Piala Sumbangsih & Pingat Perak Piala FA kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Kata TGNA ketika menerima pemberian Dato' M.Karathu: "Coach kerja kuat untuk dapat pingat tapi saya senang2 terimanya hari ni tanpa perlu bersusah payah... Ini tidak adil".
Dato' Karathu meminta supaya pingat2 itu disimpan di Muzium Negeri Kelantan sebagai kenang-kenangan.
sumber : Support Malaysia League

