Latest Update :

Kedah FA - Ada Apa Dengan Kedah 2012

Monday, January 2, 2012

Suka Artikel ini? Klik


2007 & 2008 adalah tahun gemilang buat pasukan Kedah Darul Aman. Seantero Malaya akur bahawa pasukan Kedah adalah pasukan pertama yang menjulang Double Treble dan rekod ini kemungkinan besar amat sukar untuk disamai apatah lagi diatasi oleh pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam kancah Liga Malaysia. 
Semua piala sudah dijulang. Piala Malaysia digenggam pada tahun 1990! Piala Sultan Ahmad Shah dirangkul pada tahun 1991! Johan Liga Division 2 diraih pada tahun 1992! Juara Division 1 dirampas pada tahun 1993 daripada pasukan Pahang! Piala FA diarak buat pertama kalinya di bumi Kedah pada tahun 1996!
Apa lagi? Juara Berganda? Sudahpun pasukan Kenari kecapinya pada tahun 1993!
Walaupun, ianya kini menjadi sejarah, tetapi sejarah inilah sentiasa disemat di dalam setiap sanubari pahlawan-pahlawan hijaukuning yang sedang berjuang! Sejarah inilah yang menyelinap ke setiap lubuk jiwa para peminat setia hijaukuning, agar ianya menjadi motivasi serta pendorong supaya pasukan Kedah sentiasa optimis! Optimis untuk mencapai kejayaan! Berkeyakinan untuk merangkul lebih banyak kejuaraan! Bernafsu untuk mengekalkan reputasi! Berusaha untuk menjadi pasukan yang senantiasa digeruni!
Semoga tahun 2012 ini, pasukan Kedah tampil dengan lebih berjiwa besar dan mantap! Sudah 3 tahun, pasukan Kedah kemarau piala. Sudah 3 tahun, kita menunggu! InsyaAllah, 'dia' atau 'mereka' akan kembali di bumi hijau kuning pada tahun ini. 
Namun, kita juga sudah semestinya harus akur dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi. Ingat! Sokongan Kami Bukan Sekadar Ketika Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman!
Biar Jasa Jadi Kenangan...
sumber : hijaukuning

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.