Latest Update :

Lampard masih setia bersama Chelsea

Friday, January 6, 2012

Suka Artikel ini? Klik

FRANK Lampard menegaskan untuk terus kekal di Stamford Bridge walaupun tidak lagi menjadi pilihan utama jurulatihnya, Andre Villas-Boas.

Pemain antarabangsa England itu muncul hero The Blues selepas meledak gol lewat bagi menghadiahkan tiga mata penuh mengatasi Wolves, Isnin lalu.

“Saya sentiasa memberikan komitmen bersama pasukan kerana inilah kelab yang paling saya sayangi.

“Saya mampu beraksi sehingga 90 minit dan itu tidak boleh dinafikan. Tetapi, terpulang kepada pengurusan untuk menilai tahap permainan saya,” katanya.

Namun begitu, Lampard memberi amaran kepada pengkritik bahawa skuad yang dimiliki kini sudah mantap dan tidak perlu ‘dijenamakan’ semula.

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.