Latest Update :

Negeri Sembilan FA - Hilang Pemain Import

Wednesday, January 4, 2012

Suka Artikel ini? Klik

NASIB pemain import dari Brazil, Marquen Nuquen Goncalves, berakhir selepas namanya tidak boleh didaftarkan sebagai pemain pasukan Negeri Sembilan untuk beraksi pada Liga Malaysia (Liga M) 2012.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan tetap optimis, meskipun terpaksa akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, ia perkara yang amat rumit kerana melibatkan kontrak yang sudah ditandatangani antara PBNS dan pemain itu selama setahun.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi kerana rayuan kita telah ditolak, namun PBNS akan melihat perkara ini selanjutnya antara pemain berkenaan dan pasukan.

“Itulah sebabnya PBNS merasakan FAM sepatutnya memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap rayuan yang dibuat sebelum ini,” katanya.

 Terdahulu, PBNS tetap akan membuat rayuan sekalipun FAM bertegas untuk tidak memberi ruang terhadap sebarang rayuan berkaitan isu pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia 2012.


sumber : sinar

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.