Latest Update :

Ong Kim Swee - "Terlebih Pilihan" Di Sektor Serangan

Sunday, January 1, 2012

Suka Artikel ini? Klik





ONG KIM SWEE ''Terlebih Pilihan'' Di Sektor Serangan HARIMAU MUDA

Ong Kim Swee memberitahu bahawa beliau akan mempunyai pilihan pemain penyerang yang berlebihan bagi pertandingan tahun hadapan.
Kini pendatang baru juga telah memberi tekanan kepada pemain biasa selepas kejayaan tahun ini.

"Saya mempunyai ramai pemain. Sukar untuk saya buat pilihan tetapi lebih baik mengalami masalah ini daripada tiada pemain langsung," kata beliau.

Antara pilihan beliau adalah Ahmad Hazwan Bakri, Ahmad Fakri Saraani, A. Thamil Arasu dan yang cedera Izzaq Faris Ramlan.

Ahmad Hazwan dan Ahmad Fakri menjadi tajuk utama semasa jelajah Australia di mana mereka berdua beraksi hebat menentang pasukan A-League.

Pemain yang kerap cedera, Ahmad Hazwan yang dikecualikan pada perlawana Sukan SEA dengan Indonesia bulan lepas telah menjaringkan empat gol untuk Harimau Muda dalam tiga perlawanan persahabatan di Australia.

Bagi Ahmad Fakri pula beliau telah memberikan impak kepada pasukan yang menang 4-1 ke atas Central Coast Mariners.

"Mereka boleh menjadi lebih baik kerana mereka masih muda dan masih boleh mendapat pengalaman dengan bermain lebih banyak perlawanan.

"Kami mempunyai pasukan yang hebat dan saya percaya kami akan mempunyai musim yang baik nanti. Tetapi pengalaman sangat penting di atas padang." kata Ong Kim Swee

SUMBER : ESPNStar

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.