Latest Update :

Penduduk kawasan berisiko banjir di Terengganu dinasihat berwaspada

Monday, January 2, 2012

Suka Artikel ini? Klik


KUALA TERENGGANU: Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Salleh Sarbini menasihatkan penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga. 


Beliau berkata, mereka perlu mematuhi arahan supaya berpindah terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan mengingatkan mereka agar membuat persiapan awal dengan memindahkan barang berharga ke tempat yang lebih selamat.

Salleh turut mengingatkan penduduk yang tinggal berhampiran pantai agar lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan cuaca serta kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda negeri itu.

"Penduduk perlu peka dan sentiasa berhati-hati kerana musim tengkujuh sudah tiba dan kepada mereka yang tinggal di tempat berisiko berlaku banjir, diingatkan membuat persiapan awal supaya dapat mengelakkan harta benda daripada rosak ditenggelami air," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seramai 675 pegawai dan anggota bomba di seluruh negeri ini dikerahkan bersedia untuk menghadapi bencana banjir serta fenomena air pasang dan ombak besar itu.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pantai pada musim tengkujuh ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. - BERNAMA 

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.