Latest Update :

Sorok rokok sebalik polistirena

Friday, January 6, 2012

Suka Artikel ini? Klik

BUKIT KAYU HITAM - Taktik menyorokkan rokok seludup bernilai lebih RM880,000 di sebalik bungkusan polistirena dalam lori gagal, selepas berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 7.35 petang itu, bertindak atas maklumat awam sebuah lori disyaki penuh muatan rokok putih ditahan sepasukan pegawai Kastam Cawangan Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam di Plaza Tol Jitra Kilometer 30.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, pemeriksaan awal mendapati 19 bungkusan plastik berisi polistirena yang ditutup dengan kain kanvas diletakkan di belakang lori.

Menurutnya, penyeludup cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan 111 kotak besar dan 42 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 6,390 karton rokok di sebalik bungkusan plastik berisi polistirena terbabit.

“Jika dilihat ia seolah-olah hanya membawa muatan polistirena, namun selepas me­ngalihkannya, kita mendapati ratusan kotak berisi rokok disembunyikan di sebalik bungkusan makanan terbabit,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, dipercayai rokok putih jenis Canyon de­ngan label dari Amerika Syarikat itu diperoleh di sekitar kawasan ini memandangkan lori berkenaan tidak mempunyai rekod memasuki pintu sempadan.
Abd Aziz berkata, pemandu lori tempatan berusia 41 tahun itu turut ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.