Latest Update :

Terengganu FA - MB Terengganu beri amaran isu bookie

Wednesday, January 4, 2012

Suka Artikel ini? Klik

“Tiada maaf bagimu.” Itu tegas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kepada semua pemain bola sepak, supaya tidak terlibat dengan kegiatan pertaruhan mengatur pelawanan atau bookie.
Sambil menyifatkan tindakan itu bukan sahaja tidak beretika, malah jika didapati bersalah pemain terlibat juga bakal berdepan hukuman undang-undang, sekali gus menyaksikan karier dalam bola sepak akan berakhir begitu sahaja.

“Kita harap pemain-pemain kita tunjuk komitmen tinggi dan jangan sesekali terlibat dengan aktiviti menjual perlawanan kerana kita melihat situasi bola sepak sekarang banyak bookie yang terlibat kerana ia merupakan bisnes yang dilakukan pihak-pihak tertentu.

“Dan kita tidak mahu pemain-pemain kita terperangkap dengan jenayah ini (jual perlawanan), sebaliknya perlu berfikir untuk jangka panjang kerana juka ditangkap mereka (pemain terlibat) bukan sahaja tidak boleh bermain tetapi silap-silap kena masuk penjara,” katanya ketika Majlis Menandatangani Kontrak Penaja dan Pasukan Bola Sepak Liga Super 2012 pasukan Terengganu dan T-Team, semalam.

Dalam pada itu, Skuad Penyu terus menerima tajaan dari pengeluar pakaian sukan Specs, Top IT Sdn Bhd, Syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd, Ekspres Perdana, Zaid Enterprise, dan Admiral untuk semua pasukan Terengganu.

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.