Suka Artikel ini? Klik
TERENGGANU yakin mampu mempertahankan kejuaraan sepak takraw Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2012 yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Januari ini.Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata keyakinan itu berdasarkan pasukan akan diperkuat empat pemain kebangsaan iaitu Nasir Manjur, Shazwan Husin, Hanafiah Dollah dan Fadli Roslan.
Katanya, kehadiran keempat-empat pemain kebangsaan kelahiran Terengganu itu akan memberikan suntikan semangat terutamanya kepada pemain-pemain baru.
“Terengganu tidak mengalami banyak masalah untuk mempertahankan kejuaraan itu memandangkan sebahagian besar pemain musim lepas juga masih boleh bermain lagi tahun ini.
“Kita penyandang juara antara regu bagi kategori bawah 21 tahun dan juara serta naib juara kategori terbuka antara regu dalam kejohanan lepas,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shapian yang juga Timbalan Presiden PSM berkata PSTNT akan mengadakan pelbagai aktiviti tahun ini bagi melahirkan lebih ramai pemain kebangsaan antaranya pertandingan liga antara daerah dan Piala Menteri Besar.
sumber: sinarharian

