Latest Update :

Tiket perlawanan Sumbangsih NS, Kelantan mula dijual esok

Wednesday, January 4, 2012

Suka Artikel ini? Klik

KUALA LUMPUR - Tiket untuk perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan akan dijual mulai pukul 9 pagi esok sehingga hari perlawanan pada Sabtu ini.

Perlawanan Sumbangsih itu sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini melibatkan skuad The Red Warriors yang dibimbing oleh Peter James Butler selaku penyandang juara Liga Super 2011 dan skuad Hoben Jang Hoben kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.

Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM telah mencetak 45,000 keping tiket sehingga hari ini di mana kapasiti Stadium Nasional dianggar boleh menampung 80,000 penonton kebiasaannya.

"Hari ini kita telah serahkan 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk dijual di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi esok bermula pukul 9 pagi.

"Namun kita masih belum menerima permintaan tiket daripada pihak Kelantan. Oleh itu kita akan mencetak tiket mengikut KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan akan umumkan kepada media untuk perkembangan selanjutnya esok,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perlawanan Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdahulu Hamidin bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bersama wakil kedua-dua pasukan meninjau kualiti padang untuk perlawanan malam nanti.

Hamidin berkata, baki tiket yang tidak habis dijual di laman sendiri akan dibawa ke Bukit Jalil untuk dijual pada hari perlawanan untuk warga Lembah Klang pula. - BERNAMA

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.