Suka Artikel ini? Klik
SELEPAS beraksi cemerlang membantu PKNS FC menjuarai Liga Perdana musim lalu, Mohd Fadhil Mohd Hashim mempunyai misi untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.
Walaupun sedar usianya sudah menjangkau 28 tahun, namun ia bukan penghalang untuk mempamerkan aski cemerlang dalam saingan Liga Super musim depan, sekali gus medan terbaik memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
“Sehingga kini, saya masih menyimpan hasrat menyarung jersi kebangsaan, walaupun tahu peluang untuk bermain bersama skuad Harimau Malaya amat tipis,” katanya.
Pada masa sama, kapten pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu, bertekad meletakkan PKNS FC dalam kelompok terbaik Liga Super.

