Latest Update :

Safee Sali - Biar PSSI selesai dulu masalah

Saturday, December 31, 2011

Suka Artikel ini? Klik



PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali yang bermain de­ngan Kelab Pelita Jaya di Indonesia dinasihatkan bertenang, sebelum membuat keputusan mengenai kariernya dengan kelab berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Safee harus membiarkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), menyelesaikan masalah dalaman mereka dahulu.

“Buat masa sekarang, saya fikir Safee tidak patut susah hati, ia tidak beri kesan dari segi ranking. Cuma kita perlu lihat kalau benar pengharaman kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) apakah implikasinya kepada Safee,” katanya kelmarin.

Ahmad Shabery berkata demi­kian, mengulas berhubung laporan sebuah portal berita akhbar Republika Indonesia mengenai surat pengharaman ISL oleh Fifa itu yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Namun begitu, beliau melahirkan keyakinan masalah itu akan dapat diselesaikan oleh PSSI kerana jika tidak ia juga akan menjejaskan pemain-pemain bola sepak handalan Indonesia lain yang turut bermain dalam ISL termasuk Christian Gonzales, Firman Utina, Boaz Salossa dan Bambang Pamungkas.

Surat pengharaman ditandata­ngani Setiausaha Agungnya, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay antara lain menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terbabit dengan ISL.

Safee yang juga bekas penyerang Selangor berada dalam keadaan kritikal kerana kemungkinan tidak boleh bermain untuk Harimau Malaya lagi sekiranya perkara itu disahkan benar.

Kongsikan Artikel Ini di :
 

© Copyright testeron 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Hamba Allah | Powered by Blogger.com.