Suka Artikel ini? Klik
Gocalves Ferreira adalah pemain berada dalam perancangan awal pengurusan pasukan itu untuk digandingkan dengan Norhafiz dalam usaha memantapkan di bahagian pertahanan, namun pemain itu gagal melepasi syarat ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bagi Norhafiz, dia sentiasa bersedia bergandingan dengan mana-mana pemain ditetapkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, malah yakin dengan kemampuannya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
“Ketiadaan Gocalves Ferreira tidak akan menjejaskan fokus saya kerana yakin jurulatih mempunyai kepakaran dalam menyusun strategi terbaik untuk membentuk pasukan mantap.
“Malah dapat dilihat terdapat beberapa pemain tempatan dalam pasukan ini yang berkemampuan untuk mengisi posisi itu dan setakat ini saya diberikan peluang bergandingan dengan Mohd Alif Shamsuddin yang sudah tampak ada keserasian antara kami walaupun Alif kurang pengalaman tetapi dia ada kesungguhan yang tinggi,” katanya semalam.
Pemain kebangsaan berusia 30 tahun itu mengakui sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mempertahankan reputasi pasukan sepanjang saingan Liga Malaysia 2012 dan bertekad akan memberikan persembahan lebih baik berbanding musim lalu.
Dia yang akan memasuki musim kedua bersama Negeri Sembilan, berkata ketika ini pasukan dalam persiapan terakhir dan akan melengkapkan siri perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda B di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 3 Januari ini, selepas menang ke atas Polis, 2-0, kelmarin.
“Azam saya adalah untuk mempamerkan persembahan yang lebih baik sepanjang saingan musim depan bukan saja untuk memastikan kejuaraan Piala Malaysia dapat dipertahankan, tetapi berusaha mendapatkan trofi lain yang menjadi rebutan termasuk Piala Sumbangsih yang belum pernah saya dimenangi.
“Saya harap Negeri Sembilan mampu menewaskan Kelantan untuk menjulang piala itu nanti buat pertama kali walaupun saya akui bukan mudah kerana beraksi di gelanggang lawan selain Kelantan diperkuatkan tiga pemain import,” katanya.


