Suka Artikel ini? Klik
INTER Milan bersiap sedia untuk menjual pemain tengahnya, Wesley Sneidjer kepada mana-mana kelab yang sanggup membayarnya £25 juta (RM122 juta).Perkara itu dinyatakan sendiri Presiden Inter, Massimo Moratti kepada ejen pemain itu, Soren Lerby.
Katanya, pemain antarabangsa Belanda itu boleh meninggalkan San Siro jika ada kelab yang sanggup membayar harga yang dimintanya.
Bagaimanapun, pengurus, Claudio Ranieri dilaporkan tidak menyenangi kenyataan dikeluarkan Moratti.
Sebelum ini, Sneidjer dikaitkan dengan penghijrahan ke Old Trafford namun menemui kegagalan kerana permintaannya yang meminta gaji terlalu tinggi.
Namun, apabila jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan ini, United dikatakan mungkin kembali menghubungi pemain itu.

