Suka Artikel ini? Klik
PENYERANG Liverpool, Luis Suarez, dituduh memberi bukti tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten semasa perbicaraan dakwaan perkauman terhadap pertahanan Manchester United, Patrice Evra. Dalam dokumen 115 muka surat yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), panel siasatan itu mendapati keterangan Suarez amat luar biasa kerana perbalahan itu amat tegang.Penghakiman itu mendedahkan Suarez memanggil Evra sebagai negro tidak kurang daripada tujuh kali semasa perlawanan di Anfield pada 15 Oktober lalu.
Menurut panel penghakiman itu, apabila Evra bertanyakan kepada Suarez kenapa penyerang Uruguay itu menendang beliau, Suarez menjawab: “Porque tu eres negro (kerana awak orang negro).”
Apabila Evra memberi amaran beliau akan menumbuk beliau jika mengulangi kenyataan itu, Suarez didakwa menjawab “No hablo con los negros (Saya tidak bercakap dengan orang negro).”
Suarez yang digantung lapan perlawanan dan didenda £40,000 (RM196,000) selepas didapati bersalah menghina Evra, berhujah perkataan negro bukan sesuatu yang menghina.

