Suka Artikel ini? Klik
PENJAGA gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kehidupannya berubah berbanding sebelum dia bergelar pemain bola sepak negara.Bagaimanapun, dia yang lebih dikenali sebagai Apek tetap tidak lupa diri walaupun menjadi perhatian ramai kerana matlamat asalnya adalah berjaya dalam karier bola sepak.
“Saya hargai sokongan media dan orang ramai kepada saya selama ini, malah saya tidak boleh lari daripada menjadi perhatian atau pandangan serta tumpuan ramai sejak berkecimpung sebagai pemain bola sepak.
“Sebagai pemain, saya akui hidup berubah, tapi ia tidak menjejaskan tumpuan saya untuk berjaya dalam karier bola sepak," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi, barangan dan logo pasukan The Red Warriors (TRW) 2012 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.


