Suka Artikel ini? Klik
KESUDIAN Selangor yang mahu ‘merujuk semula’ dengan Safee Sali amat dihargai oleh bekas penyerang berbisa skuad Gergasi Merah itu.Mengakui terharu dengan ‘jemputan’ tersebut, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim begitupun berkata, ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.Ini kerana, beliau membayangkan Safee akan kekal bersama kelabnya, Pelita Jaya apabila dijangka memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini.
Menurut Zakaria, beliau akan berlepas ke Indonesia Selasa ini (3 Januari) bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu bersama pihak pengurusan Pelita Jaya.
“Terima kasih Selangor kerana prihatin dengan situasi Safee. Bukan tidak sudi, tetapi tempoh pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M) 2012 juga sudah ditutup, jadi Safee tidak boleh duduk diam sahaja sehingga April depan.
“Saya akan ke sana (Indonesia) pada 3 Januari nanti, jika tawarannya menarik, Safee besar kemungkinan akan kekal bersama Pelita Jaya,” kata Zakaria kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

